Saturday, 1 October 2016

Pembinaan Gajet


Pengenalan
            
     Semasa perkhemahan, gajet dibina bagi menggantikan perabut dan peralatan yang terdapat di rumah. Gajet-gajet yang dibuat seharusnya dapat digunakan sepanjang masa perkhemahan. Gajet boleh dibuat daripada bahan-bahan yang diperoleh disekitar kawasan perkhemahan. Sesetengah kawasan perkhemahan seperti di kawasan pantai dan kem tertentu,, kemudahan bahan untuk membuat gajet terbatas. Jika keadaan ini berlaku, hanya gajet yang penting dan sangat perlu sahaja dibuat. Secara amnya bahan-bahan yang perlu dan boleh dibuat gajet ialah :
  •  Buluh (sama ada yang dibelah atau tanpa dibelah)
  •  Batang / dahan kayu yang kecil (diameter di antara 10 cm hingga 18 cm)
  •  Ranting kayu
  • Batang pokok yang kecil dan lurus (diameter di antara 12 cm hingga 22 cm)
  • Daun pokok
  • Batu bata
  •  Tin kosong
  • Tali (rami, manila dan rafia), rotan, dawai dan akar yang boleh digunakan untuk mengikat.


            Bilangan gajet yang dibuat seharusnya mencukupi dengan kadar bilangan peserta. Penyusunan gajet mestilah bersesuaian dengan jenis gajet dan kegunaannya.


No comments:

Post a Comment