Saturday, 1 October 2016

Buku Log Pandu Puteri


Pengenalan:
            Buku Log merupakan sebuah rekod catatan bagi seorang ahli Pandu Puteri Kadet.  Ia merupakan sebuah laporan kemajuan, pencapaian dan aktiviti oleh ahli Pandu Puteri Kadet.  Buku Log harus mengandungi catatan rekod yang diharapkan boleh dijadikan panduan dan  pengesahan terhadap penglibatan seseorang Pandu Puteri Kadet itu. Ia juga merupakan rakaman peristiwa yang berlaku dan catatan harian bagi sesuatu aktiviti Pandu Puteri. Ahli Pandu Puteri Kadet dapat mengasah kemahiran meneliti dan menghalusi pemahaman terhadap persekitarannya serta mampu menzahirkannya dalam bentuk penulisan, lakaran grafik atau bantuan visual.

(1)    Jenis-jenis Buku Log
        (a)  Buku Log Peribadi
    Buku Log ini mengandungi:
·         Biodata pemilik dan rekod jawatan Pandu Puteri yang disandang di sekolah, daerah, negeri atau kebangsaan
·         Rekod penglibatan diri dalam aktiviti Pandu Puteri (Semua peringkat)
·         Acara Pandu Puteri yang dihadiri (Semua peringkat)

        (b)  Buku Log Kemajuan
                  Buku Log ini mengandungi:
(i)  Semua laporan kemajuan Program Pandu Puteri Tunas
(ii)Laporan Lencana kecekapan

        (c)  Buku Log Acara
               Buku log ini mengandungi laporan setiap acara yang disertai
               Contoh acara adalah seperti:
               (i)  Perkhemahan/ Cuti pasukan
               (ii) Khidmat
               (iii) Lain-lain projek

       (2)   Ciri-Ciri Buku Log
               Buku Log mengandungi rekod atau catatan maklumat hasil daripada pengalaman
               yang dilalui. Pastikan:
(a)    Bahan-bahan disusun kemas
(b)   Rekod disimpan berterusan, tersusun dan berperingkat
(c)    Maklumat dikumpul menunjukkan perkembangan dan kemajuan
(d)   Melampirkan sijil atau surat perakuan atau bukti penyertaan
(e)   Keaslian dan kreativiti amat digalakkan
(f)     Hasil kerja boleh dizahirkan dalam bentuk tulisan tangan atau bercetak KECUALI  

 biodata / profil diri.

No comments:

Post a Comment