Saturday, 1 October 2016

NOTA GAJET PERKHEMAHAN


NOTA GAJET PERKHEMAHAN

1. PERKHEMAHAN DAN KEM KRAFT

·         Aktiviti paling menarik bagi pengakap
·         Peluang belajar ilmu perkhemahan. Mencuba pengalaman, keyakinan dan berdikari
·         Aktiviti membuat gadjet semasa perkhemahan merupakan perkembangan kemahiran fizikal, mental dan kematangan berpengakap

2. GEJET-GEJET PERKHEMAHAN

·         Peralatan yang dibuat oleh pengakap untuk keselesaan sepanjang masa perkhemahan
·         Buatlah gejet-gejet yang diperlukan sahaja diperingkat awal semasa perkhemahan
·         Mengenal gejet perkhemahan :
-       lazimnya gadjet ialah alat yang dibuat atau didirikan semasa perkhemahan daripada bahan sekitar perkhemahan
-       kedudukan gadjet
-       aktiviti membuat gadjet merupakan pertandingan semasa perkhemahan di antara patrol

3. TUJUAN MEMBUAT GEJET

·         Meninggikan taraf penghidupan di kem seperti kebersihan, kemudahan dan keselesaan
·         Perekaan membuat gejet disamakan dengan situasi di rumah
·         Dalam membina gejet, hendaklah ia mempunyai fungsi
·         Dalam membina gejet semangat kekitaan dalam kumpulan dapat diterapkan dan dipraktikkan
·         Semangat pertandingan yang sihat
·         Dapat melahirkan idea-idea yang baru
·         “Feeling of sense of achievement”, serta kejayaan dalam menghasilkan gadjet
·         Meninggikan mutu perkhemahan
·         Mengisi K.M.L./S.T.A. semasa perkhemahan dengan mengisi masa membuat gadjet-gadjet yang berfaedah

4. BAHAN UNTUK MEMBUAT GEJET

·         Merujuk kepada situasi keadaan persekitaran perkhemahan
·         Diperbuat dari bahan semulajadi
·         Pergunakan dari semua bahagian pokok

5. JENIS / CARA MEMBUAT GEJET

·         Yang boleh dibeli
·         Yang dibuat di rumah terlebih dahulu kemudian dibawa ke kem
·         Yang dibuat di kem, tetapi bahan dibawa dari rumah
·         Yang dibuat di kem, tetapi bahan dibawa dari luar kem
·         Yang dibuat di kem, tetapi bahan dibawa dari luar kem
·         Yang dibuat di kem dari bahan semulajadi yang boleh didapati di kawasan kem atau yang berhampiran

6. JENIS-JENIS GEJET

·         Gadjet kawasan pintu
·         Gadjet kawasan dapur dan yang berkaitan
·         Gadjet kawasan tempat basuhan
·         Gadjet kawasan tempat tinggal
·         Gadjet kawasan pengeringan

·         Lain-lain gadjet

Buku Log Pandu Puteri


Pengenalan:
            Buku Log merupakan sebuah rekod catatan bagi seorang ahli Pandu Puteri Kadet.  Ia merupakan sebuah laporan kemajuan, pencapaian dan aktiviti oleh ahli Pandu Puteri Kadet.  Buku Log harus mengandungi catatan rekod yang diharapkan boleh dijadikan panduan dan  pengesahan terhadap penglibatan seseorang Pandu Puteri Kadet itu. Ia juga merupakan rakaman peristiwa yang berlaku dan catatan harian bagi sesuatu aktiviti Pandu Puteri. Ahli Pandu Puteri Kadet dapat mengasah kemahiran meneliti dan menghalusi pemahaman terhadap persekitarannya serta mampu menzahirkannya dalam bentuk penulisan, lakaran grafik atau bantuan visual.

(1)    Jenis-jenis Buku Log
        (a)  Buku Log Peribadi
    Buku Log ini mengandungi:
·         Biodata pemilik dan rekod jawatan Pandu Puteri yang disandang di sekolah, daerah, negeri atau kebangsaan
·         Rekod penglibatan diri dalam aktiviti Pandu Puteri (Semua peringkat)
·         Acara Pandu Puteri yang dihadiri (Semua peringkat)

        (b)  Buku Log Kemajuan
                  Buku Log ini mengandungi:
(i)  Semua laporan kemajuan Program Pandu Puteri Tunas
(ii)Laporan Lencana kecekapan

        (c)  Buku Log Acara
               Buku log ini mengandungi laporan setiap acara yang disertai
               Contoh acara adalah seperti:
               (i)  Perkhemahan/ Cuti pasukan
               (ii) Khidmat
               (iii) Lain-lain projek

       (2)   Ciri-Ciri Buku Log
               Buku Log mengandungi rekod atau catatan maklumat hasil daripada pengalaman
               yang dilalui. Pastikan:
(a)    Bahan-bahan disusun kemas
(b)   Rekod disimpan berterusan, tersusun dan berperingkat
(c)    Maklumat dikumpul menunjukkan perkembangan dan kemajuan
(d)   Melampirkan sijil atau surat perakuan atau bukti penyertaan
(e)   Keaslian dan kreativiti amat digalakkan
(f)     Hasil kerja boleh dizahirkan dalam bentuk tulisan tangan atau bercetak KECUALI  

 biodata / profil diri.

Aktiviti Pembinaan Gajet

Aktiviti Pembinaan Gajet





Pembinaan Gajet


Pengenalan
            
     Semasa perkhemahan, gajet dibina bagi menggantikan perabut dan peralatan yang terdapat di rumah. Gajet-gajet yang dibuat seharusnya dapat digunakan sepanjang masa perkhemahan. Gajet boleh dibuat daripada bahan-bahan yang diperoleh disekitar kawasan perkhemahan. Sesetengah kawasan perkhemahan seperti di kawasan pantai dan kem tertentu,, kemudahan bahan untuk membuat gajet terbatas. Jika keadaan ini berlaku, hanya gajet yang penting dan sangat perlu sahaja dibuat. Secara amnya bahan-bahan yang perlu dan boleh dibuat gajet ialah :
  •  Buluh (sama ada yang dibelah atau tanpa dibelah)
  •  Batang / dahan kayu yang kecil (diameter di antara 10 cm hingga 18 cm)
  •  Ranting kayu
  • Batang pokok yang kecil dan lurus (diameter di antara 12 cm hingga 22 cm)
  • Daun pokok
  • Batu bata
  •  Tin kosong
  • Tali (rami, manila dan rafia), rotan, dawai dan akar yang boleh digunakan untuk mengikat.


            Bilangan gajet yang dibuat seharusnya mencukupi dengan kadar bilangan peserta. Penyusunan gajet mestilah bersesuaian dengan jenis gajet dan kegunaannya.


Simpulan dan Ikatan

    
A) LENCANA KEAHLIAN




KEGUNAANNYA :

1
Digunakan bagi menyambung dua utas tali yang sama besar. Ianya tegap dan tidak boleh terlucut. Ia juga digunakan untuk mematikan ikatan pada bungkusan yang kecil, kain anduh / bandage, khemah yang sudah dilipat dan mengikat layar

2
Digunakan untuk menyambung dua tali yang sama besar dan tali yang tidak sama besar. Ia juga digunakan untuk mengikat tali ke suatu tanjul

3
Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak. Ia digunakan tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik atau diangkat ke tempat yang dikehendaki dengan selamat. Ianya juga digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya, ikatan silang gunting dan lilit kacang / ular

4
Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut. Ianya sangat berguna dalam kerja-kerja menyelamat. Ia akan diikat pada pinggang si malang. Kemudian akan  ditarik ke tempat yang selamat

5
Digunakan bagi mengikat hujung tali kepada tiang, pokok, gelung atau tali yang lain supaya ia tidak terlucut. Ia digunakan juga untuk mengikat hujung tali khemah

6
Digunakan untuk mematikan hujung tali supaya hujung tali itu nampak kemas dan tidak terbuang









(B)  LENCANA USAHA



KEGUNAANNYA :


1
Digunakan untuk meyambung dua tali yang sama besar, khasnya tali pancing dan juga untuk menyambung dua tali yang licin

2
Digunakan untuk memendekkan tali tanpa memotongnya serta untuk menguatkan tali pada tempat yang reput dan hendak putus, menegangkan tali yang kendur setelah kedua-dua hujungnya diikat

3
Ianya lebih tegap dan kuat disebabkan dengan dua lilitan. Digunakan bagi menyambung dua utas tali yang tidak sama saiz dan licin.

4
Digunakan untuk mengikat hujung tali pada tiang atau pokok dengan mudah, untuk menarik balak atau kayu, dan untuk memulakan Ikatan Serong

5
Digunakan untuk mengikat tali khemah ke pancang atau tali ke tiang supaya dapat dikendurkan atau ditegangkan mengikut kesesuaian khemah yang dikehendaki

6
Digunakan untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu / buluh yang bersilang dan bersudut tegak (90°)

7
Digunakan untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu / buluh yang bersilang dan bersudut tirus